Prejudis sikap prejudis adalah terjadinya kategorisasi. Hal

Prejudis bermaksud pandangan yang negatif mengenai
kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang (Hussin, 2009). Ramai
antara kita sebenarnya tanpa disedari bersikap prejudis dan menaruh sikap
tersebut terhadap orang lain (Samsudin, 2010). Sebagai contohnya, kita mungkin
prejudis bahawa wanita yang bertudung tidak mengumpat, ataupum lelaki yang
berserban tidak memfitnah serta pemuda yang kurus dan comot sebagai penagih
dadah (MOHD., 1998).

Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik yang lain
sukar diubah, walaupun fakta yang kukuh telah diberikan bagi membuktikan bahawa
permahaman tersebut adalah salah (Hussin, 2009). Sikap prejudis boleh
disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain melalui proses
sosialiasi. Fenomena ini telah dibuktikan memalui pelbagai kajian dalam bidang
psikoligi sosial (Samsudin, 2010). Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat
apabila berlakunya persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada
dari aspek sosial, ekonomi ataupun politik (Hussin, 2009).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Masalah ini harus dibincangkan secara terbuka dan
diselami dengan teliti demi mengenal pasti jalan penyelesaiannya.Untuk memupuk
perpaduan dan menghapuskan prejudis antara kaum, perlu adanya interaksi antara kaum
yang lebih kerap serta lebih bermakna (Samsudin, 2010). Faktor yang boleh
mempegaruhi persepsi kita terhadap orang lain termaksuklah hubungan antara
penilai dan orang yang dinilai, konteks sosial, latar belakang budaya, persepsi
orang yang membuat penilaian dan sebagainya. Sebagai contoh, cara kita menilai
seorang sahabat dengan orang yang langsung tidak dikenali tentunya berbeza.
Perbezaan hubungan akan menghasilkan andaian yang tidak setanding. Subjek perbualan
juga dipengrahi oleh suasana persekitaran (MOHD., 1998).

Sebagai penilai, kita mempunyai ramalan berkenaan antara
orang yang dinilai. Pada setiap saat kita membuat penilaian terhadap orang di
sekeliling kita, kita mengatakan mereka itu begini, ataupun begitu. Kita juga
menerangkan kepada diri sendiri sebab mereka bersikap tersebut. Misalnya, apabila
orang lain lalu depan seseorang tanpa menundukkan kepala, kita akan katakan
orang itu tidak tahu bersopan. Apabila kita melihat seseorang menolong orang
lain, kita meramalkan bahawa mereka tersebut merupakan seseorang yang tidak
mngharapkan balasan. Walaupun kita tidak mengetahui banyak tentang orang
tersebut, penilaian masih dibuat atas apa yang telah berlaku ataupun dilihat (MOHD.,
1998).

Salah satu faktor perkembangan sikap prejudis adalah terjadinya
kategorisasi. Hal ini demikian kerana kita sering mengelompokkan orang
berdasarkan karakteristik seperti kebangsaan dan etnis. Misalnya, Jane Elliot,
seorang guru di Riceville, Iowa, mengelompokkan murid-muridnya berdasarkan
warna mata mereka demi mengajar mereka tentang prasangka. Hal in terjadi kerana murid-muridnya
adalah beragama Kristen dan berkulit putih. Elliot berkata pada murid-muridnya
bahawa anak-anak yang bermata biru adalah lebih superior dari anak yang bermata
coklat. Kelas yang awalnya kooperatif dan saling menyayangi menjadi kelas yang
berbeza dari sebelumnya. Anak-anak yang bermata biru mulai mengucilkan dan
tidak mahu bergaul dengan anak yang bermata coklat. Anak-anak yang bermata
coklat menjadi tertekan dan mempengaruhi
prestasi akademik (“Prasangka (PREJUDICE),” n.d.).